Nota Tahun 3
petikan cara menjaga kebersihan diri
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya badan kita sihat, tiada jangkitan kulit dan sentiasa cergas dan ceria. Basuh tangan sebelum dan selepas mengendali makanan. Basuhlah tangan dengan sabun selalu.
Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan makanan atau selepas.
Semua tempat penyediaan makanan harus mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang bersih.Pakai pakaian yang sempurna dan bersih. Gunakan pakaian pelindung (apron), sarung tangan (jika perlu) dan penutup kepala. Pastikan
apron, penutup kepala dan sarung tangan adalah bersih dan dipakai dengan betul.
Rambut mengandungi pelbagai jenis
kuman. Oleh itu rambut harus bersih, diikat dan ditutup semasa mengendalikan makanan. Jangan menyikat rambut semasa berada di tempat penyediaan makanan.
Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat rambut dalam kawasan penyediaan dan semasa menghidang makanan.
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
Contoh :
Apakah benda itu ?
Buku siapakah itu ?
Pantun Tahun 3
Pantun kebersihan diri
Ikan keli di atas rakit,
Gosok gigi supaya tak sakit.
Beli sotong masak kari,
Kuku dipotong kuman lari.
Ikan haruan di dalam tangki,
Sabun badan buang daki.
Naik bot pergi ke hulu,
Cuci rambut bersih selalu.
Pucuk paku daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.
Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.
Dari hulu pergi ke Bangi,
Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.
Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan.
Latihan Tahun 3
latihan kebersihan diri
1. Kita perlu menjaga kesihatan diri supaya badan kita ____________.
A.
Kotor
B.
Sihat
C.
Sakit
D.
Uzur
2. Basuhlah tangan anda dengan menggunakan ____________ supaya bersih.
A.
Pasir
B.
Minyak
C.
Bedak
D.
Sabun
3. Sinki digunakan untuk membasuh ____________.
A.
Tangan
B.
Kaki
C.
Lutut
D.
Kereta
4. Gosok gigi dengan menggunakan ____________.
A.
Berus gigi
B.
Berus kuali
C.
Berus kasut
D.
Berus cat
5. Kuku dipotong bagi mengelakkan _____________ datang.
A.
Lalat
B.
Lipas
C.
Kuman
D.
Cicak
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
---> Menggunakan web, video, audio dan imej
---> Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu
---> Menyimpan bahan dalam fail internet dan katalog internet
Google
Aaadvark
Abbreviations
ABC Search Engine
About
Acronym Finder
Ajaxwhois
Alexa
Allplus
AlltheWeb
AltaVista
Answers
AOL Search
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
---> Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
---> Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
---> Memuat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
---> Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam Power Point dan Brosur
Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
---> Memilih Bahan Sastera
---> Memilih Bahan Tatabahasa
---> Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
---> Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
---> Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
---> Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
---> Membina dan menggunakan pakej tutorial pembelajaran
Klik sini dan pergi ke halaman blog
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan P&P Bahasa Melayu
---> Struktur Hierarki
---> Struktur Komposit
---> Struktur Linear
---> Struktur Rangkaian
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam P&P Bahasa Melayu
---> Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat
---> Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
---> Membina bahan
Model Hanaffin dan Peck
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
---> Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
---> Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, Newsletter dan Kad Pengumuman
---> Prosedur pengeditan
---> Prinsip pengeditan
---> Melaksanakan pengeditan
---> Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
---> Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
---> Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
---> Membina bahan video dan audio
---> Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
---> Konferensi secara dalam talian
---> Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis
Menggunakan Alat Pengajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu
---> Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
---> Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Mereka Cipta Animasi Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
---> Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
---> Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
---> Memanipulasi animasi dalam persembahan
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
---> Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
---> Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
---> Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pembelajarant
Klik sini untuk maklumat tentang Cakera Padat
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Ini dan Mendatang
---> Mengadakan Seminar
---> Mengadakan Pameran